Friday, August 26, 2011

DUROMINE ~ ubat kurus

INFO UBAT: DUROMINE

KEGUNAAN DUROMINE
Duromine digunakan untuk menurunkan berat badan pesakit yang obese atau terlebih berat.Doktor akan menentukan samada anda obese dan sama ada anda layak menggunakannya.Ubat ini memberi kesan langsung kepada otak untuk mengawal selera makan anda.Ia mesti digunakan bersama dengan senaman dan pengawalan diet makanan.Ia hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor dan khas untuk anda.Jangan beri ubat ini kepada orang lain dan simpan di tempat yang selamat.
PERKARA YANG ANDA MESTI BERITAHU DOKTOR SEBELUM MENDAPATKAN UBAT INI:
1)Jika anda sedang mengambil:
a.sebarang ubat diet yang lain
b.sebarang ubat anti-kemurungan(Psikotropik)
c.sebarang ubat migrain seperti Cafergot
d.sebarang ubat batuk atau selsema
e.sebarang hormon untuk thyroid
f.sebarang ubat untuk sakit mental(mental illness)
g.sebarang ubat pengawalan tekanan darah tinggi
h.sebarang ubat yang anda beli tanpa preskripsi
2)JIka anda sedang mengalami:
a.sedang mengandung
b.sedang menyusu bayi
c.mengidap tekanan darah tinggi
f.mengidap penyakit jantung seperti angina
g.mengidap diabetes(kencing manis)
h.mengidap epilepsi
PERINGATAN SEMASA MENGGUNAKAN DUROMINE:
1)Selalu buat medical check-up
2)Beritahu doktor segera jika anda mengalami penurunan berat badan yang mendadak,sakit dada,pengsan dan sukar bernafas.
3)Berhati-hati semasa memandu atau mengendalikan mesin
4)Jangan minum minuman ber alkohol
5)Beritahu doktot/pharmacist semasa anda membeli ubat batuk/selsema.
KESAN SAMPINGAN:
1)Duromine mungkin membuatkan anda lebih terjaga(tidak mudah tidur)
2)Ia juga boleh memberi kesan ke atas jantung.Anda akan rasa jantung anda berdetak lebih pantas,berdetak secara tidak sekata(Irregular) atau sakit dada.
3)Gangguan perasaan-rasa terlalu happy diikuti rasa tertekan dan keletihan,rasa gementar
4)Rasa pening,muntah,tremor(ketar)
5)Cirit-birit atau sembelit,cramp perut,mulut kering ,sukar buang air kecil,bengkak muka,ruam dan penurunan daya seks.
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan,anda sepatutnya memberitahu doktor dengan segera.Doktor anda akan memberi nasihat yang bersesuaian.
AMARAN:Keterangan di atas tidak bermaksud untk menggantikan keperluan anda untuk bertanya doktor sebab ia tidak mengandungi maklumat yang penuh.Sila dapatkan penerangan penuh dari doktor anda.
AKHIRKATA:
Maklumat di atas sekali gus menjawab solan-soalan yang anda kemukakan tentang Duromine.
Terdapat banyak lagi ubat atau formulasi untuk menguruskan badan di Malaysia ini.Oleh itu saya berharap anda dapat membuat pilihan/keputusan yang betul.Bukan tugas saya untuk mengatakan samada sesuatu ubat itu baik/tidak baik terhadap anda kerana kesannya berbeza kepada setiap individu.Anda juga mesti faham bahawa ubat ini mesti dipreskripsi khusus untuk individu ,oleh itu anda tidak boleh beli sewenang-wenangnya atau membeli untuk orang lain.Dapatkan pemeriksaan doktor,jangan beli dari sumber yang tidak berdaftar.Paling penting..jangan rahsiakan penyakit anda semata-mata hendak mendapatka ubat ini..anda hanya menempah masalah yang berat. Hanya anda yang kenal diri anda...buat pilihan yang bijak!

Monday, August 22, 2011

chek mengCHEK :)

kali ke due post..
layan jelah gambar gambar ni yerkk











kegembiraan di bulan mulia RAMADHAN

Assalamualaikum :)

lama dah cik bu tak on9 kan ?
agak buzy lah sekarang :)
kalian sehat ?
cik bu bertambah tambah sehat... WALAUPUN PUASE
yelah kan.. bak kata orang.. air tangan mak.. tak de sape dapat lawan
yedak ? ( loghat cik abe kite )


anyway tak terlambat lagi kan..
cik bu ucapkan selamat berpuasa semua..
minta minta semua perbuatan dan niat baik kite di terima olehNYA.. aminn

ermmmmmmm...
apa yang nak dimengarutkan malam malam ni yerk...
seperti biase lah kan...
kalau rase nak bace , bace lah...
kalau tak mahu.. dont waste your time dear ..

ok ok... nak cerite kat korang sume ni.. ( sape yang bace lah yerk )
hari sabtu baru baru ini
puase yang ke brape tah HENGAT.. hehehe
satu family berbuka puase kat luar...
yum yum..
tp yang syiokkkknyer.....
my darlling pon ikut same you alls......

 maknanye...mama suda menerima darling ku laaa
waaaa..borak mcm dah lame kenal tao...hehe
ahamdlh....jangan TAKBUR.. DOSA ! hehe
tapi cik buu sukeeeeeee....
but but.. yang tak best nyaaa tak de gambar :(
so gambar simple simple jelah k .......
ini my darllinggggg...

semua dah kenal kan ? wee wee

yeahh...dis my mama....
cantik kan ? ofcourse... 
like mom like doter lah kan..hehe

yeahh....ade jugak depe mase berbuka..
tq.. my sis n abg iparku :)



belek belek lapy.. tetttt... tertengok satu folder...
auuu auuu.. rindu nye ... time ni.. permulaan kami bercinta lah..
cewaahh.. picture ni pulak.. dalam 1 month kami declare berCOUPLE
sumpah ! RINDU time nie...


p/s : Ya Allah, kau panjang kan lah jodoh kami berdue...
tetapkan lah die jodoh ku dunia akhirat mu Ya Allah...
amin amin amin